Latar belakang
Beliau merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Sejak bergelar pelajar lagi beliau memang berminat dalam menceburi bidang perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya menjual kek lapis tersebut kepada rakan sekerja dan kenalan rapatnya sahaja. Beliau tidak pernah terfikir untuk cuba mengembangkan lagi perniagaan beliau ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau hadir ke pusat internet ini bagi menimba ilmu berkenaan cara untuk mempromosikan produk, membuat katalog produk serta cara menghasilkan video pendek yang mudah dan menarik. Beliau kini lebih semangat untuk berniaga secara sambilan walaupun pada awalnya beliau menjual kek lapis ini dengan tujuan untuk membantu sahabatnya sahaja. Tetapi setelah mendapat sambutan daripada rakan sekerja serta kenalan di media sosial secara tidak langsung ianya dapat menambah pendapatan sampingan beliau.