Latar belakang
Ain merupakan salah seorang pelajar lepasan SPM. Beliau seorang pelajar yang rajin dan sentiasa bersemangat dalam menambah ilmu pengetahuan terutama, ilmu kemahiran yang berasaskan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ain sebelum ini belum pernah berkunjung ke pusat internet. Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng, bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang ditawarkan di pusat internet ini. Setelah mendengar sendiri penerangan daripada petugas pusat internet, beliau begitu teruja untuk menghadiri kelas kemahiran asas komputer dan perkara-perkara yang berkaitan dengan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau telah menghadiri kelas kemahiran tersebut selama sebulan bersama rakan karibnya. Pelbagai ilmu baharu yang diperolehinya. Secara tidak langsung masa lapangnya dapat di isi dengan perkara yang bermanfaat.