mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2018] KEUSAHAWANAN – NUR HUSNINA UZMA

Latar belakang

Cik Husnina merupakan seorang pelajar di Kolej Komuniti Jelebu. Beliau mengambil kursus kecantikan dandanan di kolej beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sebelum ini hanya mengambil tempahan ukiran inai dari rumah sahaja, di mana pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan beliau untuk melukis inai perlu datang sendiri ke rumah beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mempelajari kegunaan promosi melalui media sosial seperti aplikasi facebook dan Instagram beliau mula dikenali oleh pengikut di laman media sosial beliau. Kini beliau sering mendapat tempahan bagi perkhidmatan ukiran inai dan beliau mula membuat perkhidmatan ukiran inai dari rumah ke rumah.