mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2018] CELIK ICT – MOHAMMAD ADAM BIN MD USA

Latar belakang

Mohammad Adam merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng untuk mencari bahan rujukan di laman web yang berkaitan dengan tugasan beliau. Petugas juga turut membantu beliau sekiranya beliau meminta tunjuk ajar mengenai penggunaan komputer dan internet ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti bengkel kemahiran (Information and Communications Technology) ICT yang dikendalikan oleh petugas pusat internet ini selama beberapa minggu, kini beliau sudah mahir menggunakan perisian asas komputer ini. Selain itu, beliau juga rajin membantu rakan-rakannya yang lain ketika membuat tugasan sekolah yang memerlukan kemahiran ICT ini.