Latar belakang
Husnina Uzma merupakan seorang pelajar Pra Universiti SMK Mantin. Beliau adalah salah seorang usahawan muda di Lenggeng ini yang menjalankan servis dan perkhidmatan dandanan muka secara sambilan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya menawarkan servis secara kecil-kecilan sahaja.Dan hanya menjalankan servis kepada kenalan rapat beliau sahaja .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Menerusi kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dilatih oleh petugas Pusat Internet Lenggeng,beliau kini menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan servis yang ditawarkan. Secara tidak langsung pelanggan beliau kini semakin hari semakin meningkat.