Latar belakang
Cik Munirah merupakan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu Melaka. Di tempat pengajian beliau, beliau mengambil kos sampingan berkaitan fotografi. Berikutan itu, beliau mula bergiat menjalankan perniagaan percetakan ‘Photobook”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Meskipun sibuk dengan pengajian, beliau berminat bagi turut mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Lenggeng sekiranya berkesempatan. Pada mulanya, perniagaan Photobook dijalankan secara suka-suka dan hanya tertumpu dalam kalangan ahli keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti beberapa kelas keusahawanan di pusat internet serta mendapat galakan daripada petugas pusat internet, beliau mula mengembangkan perniagaan beliau dengan lebih luas lagi kepada rakan terdekat dan pelanggan di media sosial. Cik Munirah mula mempelajari cara untuk mempromosi produk beliau dengan betul di medium media sosial dan di aplikasi My Shop. Kini pelanggan beliau bertambah sedikit demi sedikit dan perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik.