Latar belakang
Encik Azizi Arshad merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan katering serta pemasangan khemah. Beliau mengambil tempahan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan,pertunangan, jamuan terbuka, perasmian program dan majlis-majlis keramaian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau tidak mempunyai email rasmi untuk mengambil pesanan/order dari pelanggannya.Selain itu, untuk membuat templete dan sebutharga/’quotation’ beliau hanya menulis menggunakan tulisan tangan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau menggunakan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi di Pusat Internet Lenggeng kedalam perniagaan beliau. Kini perniagaan beliau semakin berkembang dan terkenal.