Latar belakang
Cik Sakinah merupakan salah seorang petugas Pusat Internet Lenggeng. Beliau menjalankan perniagaan mencuci gambar secara sambilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini rata-rata pelanggan beliau hanya terdiri dalam kalangan ahli pusat internet sahaja.Beliau juga kurang mahir dalam ilmu fotografi sehinggalah beliau berpeluang menyertai kursus berkenaan teknik fotografi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mendapatkan pelbagai maklumat dan menambah ilmu mengenai perniagaan beliau kini berjaya menghasilkan pelbagai jenis dan saiz gambar. Pelanggan beliau juga meningkat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.