Latar Belakang
Encik Ismail B.Ibrahim merupakan JKKK Kampung bagi Kampung Daching.Beliau merupakan seorang yang rajin dalam menuntut ilmu dan beliau sangat aktif terutama dalam mengadakan pelbagai program.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Beliau sebelum ini tidak mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan aplikasi capaian internet yang terkini.Kemudian, beliau mula menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas Pusat Internet Lenggeng.Setiap kali petugas mengadakan kelas beliau pasti akan hadir ke Pusat Internet,kerana beliau mahu menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas ICT yang dihadiri di Pusat Internet Lenggeng, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word ,Microsoft Power Point dan aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Whatsapp Web’ dengan lebih baik..Beliau juga kini sudah mahir dalam membuat surat rasmi dan menyediakan ‘slide presentation’ untuk tugasan kerja beliau dengan baik sekali.